
Sulit
4 tahun
Adakah saya ade masalah psikomatik
Saya laki berumur 24 tahun…okay saya merasakan panas dalam seperti demam tetspi suhu saya elok tak melebihi 37 darjah…dikira setiap hari saya keluar pergi ke tempat2 awam suhu ok normal,so tidak dikira demam…saya sudah pergi ke KKM sudah 2 kali dan dktor mengesahkan saya tidak demam & darah pun semua elok…cuma saya kadang2 merasakan panas dalam… sudah lanjut 2 bulan …kadang2 sehingga merisaukan saya & membuatkan pani…takut saya mengidap sesuatu yang lain

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, panas dalaman merupakan sesuatu yang subjektif. Hanya penggunaan termometer dapat mengenalpasti jika suhu badan anda benar-benar panas atau sebaliknya. Hal ini dikenali sebagai demam.
Secara amnya, Panas dalaman boleh disebabkan masalah seperti:
- kehamilan
- masalah tiroid
- premenstrual
- menopause
Memandangkan anda telah menghadiri pemeriksaan fizikal dan ujian darah yang memberi keputusan normal, tiada apa yang anda perlu bimbangkan.
Walaubagaimanapun, jika hal ini menyebabkan anda masih bimbang, tidak salah untuk mengulang ujian yang sama untuk kepastian. Namun, jika masih lagi normal dan anda tidak berasa puas hati dengan keputusan, anda mungkin mengalami keresahan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.