
Sulit
5 tahun
Adakah saya akan hamil?
Hi, saya berumur 23 tahun, saya mengambil pil perancang selepas 7 hari period habis, sehingga hari ke 19 dan 20 saya terlupa untuk mengambil pil tersebut. Pada hari ke 21 saya makan semula pil itu. Dan pada hari ke 17 saya makan pil, saya telah melakukan hubungan intim bersama suami, adakah saya akan mengandung? Jika saya terlupa untuk makan pil tersebut,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, jika anda terlupa makan pil perancang, anda biasanya perlu mengambil dos seterusnya dan mengambil perlindungan tambahan jika anda melakukan hubungan seksual. Untuk mengetahui status kehamilan anda, sila lakukan ujian kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.