
Melur
6 tahun
Adakah saya berisiko tinggi untuk hamil?
Hai doktor…sy berumur 34 thn… Last sy bersama dengan suami adalah 3 hari selepas bersih… Adakah risiko kehamilan itu tinggi…sb sy berasa kurang selesa… Angin di badan

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jika anda ingin mencegah kehamilan, soalan pertama yang anda perlu tanya sendiri adalah adakah kitaran haid anda teratur? Jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur, maka ia adalah sukar untuk menentukan hari yang subur dalam kitaran haid tersebut.
Hari yang paling subur dalam sesuatu kitaran haid biasanya adalah 5 hari sebelum hari ovulasi ke 2 hari selepas ovulasi. Peluang untuk menjadi hamil pada hari lain dalam kitaran haid adalah rendah. Hal ini demikian kerana telur atau ovum hanya boleh bertahan untuk 24 jam selepas ovulasi manakala sperma hanya hidup sehingga 5 hari dalam badan anda. Oleh itu, jika kitaran haid anda adalah teratur dan anda menjalankan hubungan kelamin tanpa perlindungan 3 hari selepas perdarahan haid anda berhenti, maka peluang untuk anda menjadi hamil adalah rendah, tetapi bukan mustahil.
Terdapat pelbagai jenis kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan untuk mencegah kehamilan. Anda boleh mencuba mencegah kehamilan dengan menggunakan cara semula jadi seperti mengelakkan menjalankan hubungan kelamin pada hari yang subur. Kaedah semula jadi mempunyai risiko untuk menjadi hamil terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Untuk mencegah kehamilan dengan lebih efektif, anda digalakkan untuk menggunakan cara lain seperti kondom, pil perancang keluarga, suntikan hormon, implan hormon, IUCD dan sebagainya. Jika anda tidak ingin mengandung lagi atau kesihatan anda akan menjadi sangat terjejas jika anda mengandung, maka anda boleh memilih untuk menjalankan pembedahan bilateral tibal ligation atau pemotongan tiub Fallopian.

6 tahun
Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan ini.
Sekiranya anda tidak mengambil sebarang pil perancang keluarga, secara teorinya kehamilan boleh berlaku pada mana-mana hari selepas anda bersih. Walaubagaimanapun, tempoh kesuburan seseorang wanita itu adalah kira-kira dari hari ke sembilan hingga ke hari ke empat belas dalam kitaran haid.
Anda juga mengatakan bahawa anda berasa tidak begitu selesa dan mempunyai angin di dalam badan. Namun, sekiranya terdapat kehamilan hasil hubungan kelamin anda dan suami, simptom-simptom dan tanda-tanda kehamilan hanya akan berlaku selepas 5 atau 6 minggu anda hamil. Anda mungkin tidak akan datang haid untuk satu bulan, loya, muntah-muntah, payudara menjadi besar dan sakit, kerap ke tandas untuk membuang air besar dan letih.