Sulit
4 tahun
Adakah saya berkemungkinan dipanggil swab test Kali ke 2
Saya adalah contact rapat dgn 2 rakan sekerja saya yang disahkan positive Covid… result saya adalah negative… adakah saya berkemungkinan dipanggil swab test untuk Kali ke 2 ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan adalah terhad bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, secara umum, sekiranya anda menjadi kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19, saya yakin pihak KKM akan menghubungi anda untuk menjalani ujian saringan. Namun, sekiranya anda sudah terbukti negatif COVID-19, maka berkemungkinan besar anda tidak dipanggil semula.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































