
Sulit
4 tahun
Adakah saya boleh pregnant?
sebelum ny saya ade mual2 muntah… selepas beberaapa hari saya period… tapi sy still rasa mual2 nak muntah …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan doktor. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Gastritis
- Keracunan makanan
- Migrain
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Untuk mengetahui sama ada anda mengandung ataupun tidak, anda boleh membuat ujian kehamilan selepas 5 atau 6 minggu daripada hari pertama kali terakhir anda datang haid. Sekiranya keputusan negatif, sila pergi ke klinik berdekatan untuk membuat pengesahan kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada pihak kami. Terima kasih.