
Sulit
4 tahun
Adakah saya dapat false pregnancy?
Hye doctor…saya nk bertanya…saya telah lambat datang haid …selame beberape hari saya ade gejale seperti pregnant,hari ke 7 saya ada buat pregnancy test dn line satu lagi adalah kabur…keesokan hari saya cuba test sekali lagi dn results sama line kabur… tetapi harini hari ke 10 tibe² haid saya datang…haid saya xbnyak sikit² sahaja… adakah saya mengandung ataw tidak??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan awal boleh menjadi kabur/negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Akan tetapi, jika anda mengalami haid yang biasa atau bukannya pendarahan spotting (pendarahan ringan/sedikit), maka kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.