
Sulit
3 tahun
Adakah saya hamil atau ada penyakit lain?
Salam doc…saya wanita 20an…saya last period 31/3 - 7/4. Pada 11/4 saya bersama tapi tidak berlaku kemasukan cuma bergesel sahaja. Selepas itu bersama lagi pada 30/4 sama juga cuma bergesel dan dia lepaskan dekat perut sahaja tapi saya tidak tahu kalau terkena sedikit dibibir faraj. Jika terkena dibibir faraj sahaja adakah blh hamil. Pada 6/5 - 8/5 saya tidak tahu sama ada itu darah period atau tidak sebab darah keluar bergumpal-gumpal cuma keluar hanya 3 hari sahaja. Hari pertama darah keluar sakit pada ari2 dan perut sakit macam senggugut…Selepas itu pada 6/6 - 10/6 darah keluar lagi macam darah period sebab saya mengalami sakit perut macam senggugut dan sakit pinggang tapi tak lama sakitnya dalam 2 hari. Tapi kenapa lepas habis period perut bahagian bawah pusat macam buncit sedikit dan keras bila ditekan. Perut bahagian atas pusat rasa macam berdenyut2. Kitaran haid saya dalam 30 - 32 hari macam tu…dan berat badan saya daripada 57kg turun ke 51kg… Apa masalah yang saya hadapi doc???..saya tidak pernah melakukan ujian kehamilan…masa period saya mengambil supplement GLA Complex untuk melancarkan haid…dan kalau saya mengalami sembelit saya mengambil Herb-lax dari shaklee…saya ambil supplement tu sebelum tidur…ada apa2 masalah ke atau pun penyakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami persoalan anda mengenai kemungkinan untuk berlaku kehamilan jika air mani tidak memasuki ke dalam kemaluan.
Untuk pengetahuan anda, kemungkinan untuk mengandung tetap ada walaupun air mani dikatakan dilepas ke luar daripada kemaluan. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapti dalam cecair pre-cum (air mazi).
Untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan, ujian kehamilan boleh dilakukan selepas 2 minggu anda haid lewat datang.
Selain itu, tempoh darah haid adalah normal jika berlaku antara 2-7 hari. Kesakitan ketika sebelum dan ketika menghadapi haid juga adalah normal.
Namun gejala senggugut yang dialami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
- Adenomyosis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.