
Sulit
3 tahun
Adakah saya hamil atau keguguran?
Assalam doktor, saya ada masalah haid tak teratur dari umur saya 13 tahun sampai sekarang umur dah 25 tahun. Saya pernah cek pakar, tapi tiad apa2 masalah dan normal.
Baru-baru ni, saya cek pregnancy test. Mula-mula dua line (satu terang, satu samar2). Malamnya saya ada sedikit darah (sangat2 sedikit spot je) Tapi esoknya saya cek sekali lagi pregnancy test cuma ada satu line saje. Saya dah tggu dua minggu dan cek semula, masih lagi satu line. Jadi saya nk tanya ada kemungkinan ke darah yg keluar tu tanda keguguran atau sebenarnya saya memang tk mengandung?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk melakukan ujian kehamilan di klinik untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Untuk makluman anda, pendarahan ringan ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!