
indahtercipta
5 tahun
Adakah saya hamil atau mempunyai masalah kesihatanyang lain?
Saya ada pertanyaan dimana saya ada mengalami kedatangan period selama 2 hari. Selepas itu saya mengalami tanda-tanda kehamilan tetapi bila saya check UPT ujiannya adalah -ve. Saya sekarang ini mengalami tanda-tanda seperti kadar denyutan jantung yang laju. Kerap membuang air kecil. mempunyai garis gelap dari bawah pusat ke bawah dan kurang selera makan. Untuk makluman doktor juga warna urine saya agak jernih dan hasil kiraan dari period awal sekarang ini lebih kurang 6 minggu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan ataupun langkah seterusnya yang sesuai, sila rujuk kepada doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih