
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil? Mggu lps mengalami tanda2 menstruasi namun tanda itu kian menghilang namun masih belum turun haid..skrg telah lewat 3 hari
Hello doc… sy sdg ttc ank kedua… ank pertama sudah berusia 8thn. Sy prnh gagal dlm iui pd thn 2019. Dec thn lps, sy berjumpa doc semula menjalani pemeriksaan utk ikhtiar hamil… slps bersalin anak pertama, stiap kali period, drh haid sy tidak lawas…drh akn berhenti pd hari ke3 & selang 2@3 hari akan keluar darah lagi… kdg2 shgga 14 hari drh on off keluar…bln lps, doc bekalkan sy clomid… pd hari ke8 doc melakukan tvs namun doc mendapati dlm rahim sy masih bnyk darah…sdgkn sudah 3 hari haid sy tidak keluar pd masa itu… lalu doc mncadangkn sy utk buat d&c…pd hari ke10 sy telah mnjalani prosedur d&c… pd hari ini sy telah 3 hari lewat period… mggu lps sy ada rasa cramp pd perut spt tanda menstruasi… namun shgga skrg sy blm period…& rasa cramp tersebut pn sudah tiada…hari ini perut sy terasa sebu & terus menerus sendawa hgga berasa x selesa… adkh berkemungkinan sy hamil doc? Sy blm ada keberanian utk buat upt krn takut kecewa

4 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopaus. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Jika anda ingin melakukan ujian kehamilan, saya sarankan untuk mencuba ujian kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Haid yang lewat untuk dua hari sahaja merupakan kondisi yang biasa.
Punca utama haid yang tidak teratur adalah gangguan hormon di dalam badan kita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan dan keadaan ini boleh menyebabkan haid yang lewat. Tekanan emosi, stres, kurang tidur, letih, makan tidak mencukupi, jadual makan yang tidak tetap serta susutan atau tambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan haid lewat untuk beberapa hair dan perdarahan haid juga mungkin akan bertambah atau berkurangan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.