
Sulit
4 tahun
Adakah saya Kontak rapat?
Assalamualaikum,pada hti isnin sy ada berjumpa dgn anak saudara saya dan harini saya dapat tahu dia positif adakah saya kontak rapat?perlu ke saya kuarntin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk pengetahuan anda, kontak rapat adalah:
- individu yang secara langsung dengan kes positif covid 14 hari kebelakangan, sama ada bersemuka dengan pesakit covid dengan jarak kurang dari 1 meter atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes covid-19
- anggota kesihatan yang memberi perawatab kepada kes disahkan covid-19 tanpa memakai alat pelindung diri yang lengkap.
- individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan covid-19
- individu yang duduk dekat kurang 1 meter dengan kes covid-19 dalam satu premis
Berdasarkan dengan situasi anda, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas seperti berjumpa dengan jarak yang dekat, maka anda adalah kontak rapat dan perlu untuk kuaratin.
Untuk makluman anda, kami menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini