
Sulit
4 tahun
Adakah saya memerlukan rawatan?
Saya dah menjalani DASS test secara online. Tidak berapa pasti keputusan saya tepat atau tidak. Tetapi keputusan saya ialah Depression-31 Anxiety- 25 dan stress- 33. Adakah saya betul2 memerlukan rawatan? Dan bagaimana untuk mendapatkan rawatan dari pakar secara fizikal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, melalui keputusan yang anda tuliskan, saya nasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan dan mendapatkan langkah seterusnya daripada doktor dan anda boleh meminta doktor untuk membuatkan surat rujukan untuk ke doktor pakar jika anda ingin bertemu dengan pakar.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.