
Sulit
3 tahun
Adakah saya mempunyai Anxiety
Saya selalu overthinking , susah untuk tidur , gementar sehingga susah untuk bernafas . Saya sering menangis dan berfikir untuk tidak mahu hidup kerana takut membebankan sesiapa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, antara ciri-ciri penyakit anxiety atau keresahan ialah:
- Berasa gementar, risau dan tertekan
- Merasakan bahaya semakin hampir
- Bernafas dengan laju
- Berpeluh
- Terketar-ketar
- Berasa lemah
- Susah untuk fokus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jika gejala yang anda alami sekarang semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.