
Sulit
4 tahun
Adakah saya mempunyai masalah kesihatan yang teruk?
Saya ibu kepada 2 orang anak,saya surirumah,saya mendapat masalah macam ni selepas saya melahirkan anak no2,saya jadi makin serius bila suami saya banyak melepaskan tangungjawab menguruskan rumahtangga kepada saya,bila bawak berbincang ,dia akan keluar,dia kurang dengar apa yang saya ingin cakap,saya pendam semua sendiri,sekarang saya kuat berasa rimas dan tidak boleh dekat dengan suami dan anak-anak,saya rasa nak marah,saya rasa tak suka,saya suka menyendiri,saya rasa bosan,saya rasa orang semua tidak suka akan saya,bila suami dekat,mintak maaf dan ingin bersama,saya jadi marah,saya tak suka,saya tiada nafsu langsung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk menentukan sama ada anda mengalami masalah emosi ataupun mental. Sebelum melakukan diagnosis, terdapat pelbagai soalan yang perlu diajukan, Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar sebelum diagnosis dibuat.
Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Kemarahan ini boleh dikawal dengan baik sekiranya anda bijak mengawal perasaan anda, Anda boleh cuba melakukan perkara-perkara dibawah sekiranya berlaku kemarahan :
- Menarik nafas dan hembuskannya, perlu diulang sehingga anda kembali tenang
- Bersukan ataupun aktiviti fizikal ringan seperti joging dan berbasikal
- Mendengar muzik
- Menonton Televisyen
- Melakukan aktiviti yang gembira dan ceria
- Menikmati keindahan flora dan fauna seperti mendaki gunung
- Berdiam diri tanpa melepaskan kemarahan
- Dapatkan udara segar
- Kurangkan berfikir
- Tingkatkan amalan kebaikan.
Sekiranya masalah kemarahan ini berterusan dan sukar untuk dikawal, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. dikhuatiri perasaan marah yang melampau boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan membahayakan diri sendiri.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih