
amiradilah35
5 tahun
Adakah saya mempunyai penyakit Kencing Manis?
Assalamualaikum Dr. Saya wanita yang berusia 23 tahun. Saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ketinggian saya adalah 153 cm manakala berat badan saya ialah 114 kg. Kebalakangan ini saya mengalami penurunan berat badan walaupun saya tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Saya juga mengalami kebas-kebas kaki pada waktu malam. Tetapi, saya tidak kerap kencing dan dahaga.
Adakah ini petanda saya menghidap kencing manis? Setelah makan, bacaan gula dalam darah saya ialah 7.5 mmol/L (malam sebelum tidur). Saya juga memeriksa bacaan gula dalam darah saya pagi tadi sejurus sahaja bangun daripada tidur dan bacaan tersebut ialah 5.2 mmol/L. Untuk hari ini, saya tidak mengambil sebarang karbohidrat (nasi, mee, bihun). Saya cuma mengambil ayam goreng, keropok lekor, tembikai dan sebiji buah melaka dan bacaan terakhir gula dalam darah saya adalah 5.7 mmol/L.
Adakah ini merupakan petanda saya mempunyai kencing manis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, gejala kencing manis meliputi seperti:
- Dahaga dan kerap lapar
- Kerap kencing
- Turun berat badan (kencing manis jenis 1)
- Kesan kencing manis - seperti sakit dan kebas kaki, masalah penglihatan dan penyakit jantung
Mengikut bacaan gula selepas tidur anda ia masih dalam julat normal. Namun sekiranya anda berasa risau akan status kencing manis, terdapat ujian darah iaitu HbA1C untuk melihat status gula dalam darah anda untuk tempoh 3 bulan sebelum. Anda juga boleh melakukan ujian air gula diklinik-klinik kerajaan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.