
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami anxiety atau sebaliknya?
Hi saya nazira berumur 20 tahun boleh saya tahu apa penyakit yg saya alami ? Badan saya selalu shaking bila saya menangis, berdebar yg teramat Dan kepala sakit sebelah kanan ,kadang-kadang sesak dada pada waktu malam , kerisauan yang melampau, badan lemah ,menangis secara tiba-tiba saya ada masalah dengan ibu tiri saya sejak 5 tahun yang lalu sehingga sekrng adakah saya trauma atau anxiety? Atau sebaliknya saya tidak ke hospital utk check harap doctor dpt membantu untuk kepastian masalah saya terima kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti serangan panik, stress, kegelisahan, kemurungan, penyakit kelenjar dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders di talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.