Sulit

2 tahun

Adakah saya mengalami masalah mental?

Saya seorang remaja berusia 21 tahun dan mempunyai masalah keluarga yang agak buruk. Dimana bapa saya seorang yang panas baran dan seolah olah tiadak memperdulikan kami sekeluarga. saya juga ada pasangan kekasih seusia, namun dia seolah olah tidak mempedulikan saya juga. setiap perkara saya yang akan mulakan dahulu. macam nak tanya khabar pon saya yang mulakan dahulu sedangkan kami dah bercinta hampir 6 tahun lebih. saya juga pernah ditinggalkan oleh pasangan kekasih saya dan kini kami kembali dalam perhubungan. namun saya berasa amat takut sehinggakan saya merasakam bahawa diri saya tidak layak mendapat kebahagiaan. saya amat trauma dengan orang sekeliling. saya juga pernah ditolak oleh abang kepada ayah saya semasa mereka bergaduh sehingga saya menyebabkan bahagian kaki saya tercedera. kini juga saya takut jika mendengar bunyi kenderaan yang datang atau lalu di kawasan rumah. saya rasa seolah olah orang yang menaiki kenderaan tersebut akan berhenti dan menyerang keluarga saya. saya juga sering berfikir tentang keselamatan mak ayah saya semasa di jalanan. saya cepat bimbang dan dapat rasakan seolah olah akan terjadinya benda buruk seperti kemalangan yang melibatkan keluarga saya. setiap pagi pula, saya akan rasa cemas setelah bangun dari tidur dan tangan saya seolah olah hendak mencengkam sesuatu. saya hilang fokus dalam pembelajaran sehinggakan saya memohon untuk tidak pulang ke kampus kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada keluarga. saya juga sering rasa diri ini tidak disayangi dan cepat merasa rendah diri walaupun saya mempunyai tahap pencapaian yang baik. apakah masalah yang saya hadapi sebenarnya ni dr, saya rasa macam saya hilang diri sendiri dan kerap menangis. perlukah saya merujuk pakar sakit mental?

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami anxiety disorder. Anxiety disorder, iaitu perasaan cemas yang kronik yang ditandai dengan rasa risau dan tegang yang berlebihan. Jenis gangguan rasa cemas ini berlangsung secara terus-menerus dan biasanya tidak terkawal. Orang dengan anxiety disorder akan sangat gelisah walaupun tidak berada dalam situasi yang menegangkan sekalipun, ataupun dalam keadaan yang baik dan tenang. Rasa risau dan tegang yang berlebihan kadang juga disertai dengan gejala fizik, seperti gelisah, susah menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, dan bahkan susah untuk tidur (insomnia)

Antara gejala-gejala dari anxiety disorder adalah:

  • Mudah merasa letih.
  • Gelisah terus-menerus.
  • Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu
  • Mudah marah dan tersinggung.
  • Susah untuk mengendalikan perasaan risau
  • Mengalami gangguan tidur, seperti susah untuk tidur atau selalu merasa kurang tidur.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri

isaac-castillejos-VOQkzFIkF0Y-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)