
Sulit
4 tahun
Adakah saya mengalami masalah psikologi dan perlu rawatan?
Hai Dr.saya wanita berusia 23 tahun, sering mengalami masalah sukar bernafas bila hendak tidur dan setiap kali terjaga saya mengalami sesak nafas semula. Bila saya check di klinik, saya tidak ada semput dan lelah dan ujian darah dan jantung saya okay. Saya tak pasti trauma atau apa tapi saya akan sering terkejut bila ada bunyi dentuman secara tiba-tiba. Contoh saya tidak boleh drive bila ada kilat dan guruh atau bunyi letupan. Mood tak menentu dan sering rungsing. Bila saya buat kerja harian, saya akan kerap lupa contoh letak barang dimana. Saya sering keliru dan tak dapat focus. Adakah saya mengalami masalah anxiety, depression atau stress? Ujian dass saya menyatakan depression:32, anxiety 32, stress,30

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- gangguan panik
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Walaupun anda telah melakukan ujian DASS, pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih