
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami molar pregnancy atau tidak (masih ada harapan)
Saya berumur 27 Tahun dan baru setahun lebih berkahwin.
Pada November 2020, sy mengalami keguguran pada kehamilan pertama saya.
Baru baru ini, saya lambat datang bulan dan saya melakukan ujian upt dan hasilnya positive.
Tarikh akhir sy period hari pertama 09/05/2021. Jika menggunakan apps pregnancy tracker kandungan saya sudah mencecah 6 minggu.
Pada minggu lepas ( 20/06/2021) , saya ke klinik untuk ultrasound tetapi tidak dapat detect kantung or janin & doc mengesyaki saya ada molar pregnancy & suruh refer hospital tetapi saya mengambil keputusan untuk menunggu lagi 2 minggu.
selama saya mengetahui tentang kehamilan ini, tiada pendarahan yg berlaku sampai lah ke hari ini. (09/06/21 - 24/06/21)
Soalan saya, adakah molar pregnancy ni boleh dikesan di awal kehamilan atau sebaliknya?
Yang kedua, adakah normal jika kandungn mencecah 6 weeks tetapi bila melakukan ultrasound tidak dapat mengesan kantung or janin baby?
Yang ketiga, adakah molar pregnancy ini wajib berlaku pendarahan di awal usia kandungan 6 minggu atau boleh berlaku pendarahan di usia kehamilan seterusnya?
Yang keempat, wajar tak untuk saya menunggu lagi 2 minggu dan melakukan ultrasound semula?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang anda hadapi mengenai status kehamilan anda. Kami akan cuba menjawab perosalan anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, molar pregnancy atau kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur. Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena .
Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.
Untuk perosalan yang pertama, molar pregnancy boleh dikesan di awal kehamilan.
Berkenaan soalan kedua, terdapat banyak kes di mana di awal kehamilan iaitu minggu ke 6, janin masih belum kelihatan sewaktu melakukan ultrasound.
Bagi soalan ketiga, tidak semesitnya akan berlaku pendarahan bagi mengesahkan berlakunya kehamilan anggur atau molar pregnancy kerana terdapat gejala lain yang boleh berlaku seperti:
- Keluar tisu tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina
- Loya & muntah yang teruk
- Kekejangan perut: kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa
- Preeclampsia: Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu
- Pucat : kurang darah
- Syndrom hyperthyroid: berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung
- Batuk darah semasa mengandung
- Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi daripada biasa
Untuk soalan keempat, disarankan berbincang terlebih dahulu dengan doktor yang merawat sama ada relevan atau tidak untuk menunggu lagi 2 minggu berdasarkan tahap kesihatan anda.
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor