
Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami PCOS?
Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur sejak remaja lagi, sekarang dah umur 26 tahun. Bulan lepas saya datang bulan pada 10/5 setelah 3 bulan tidak datang bulan. Bulan Jun saya tidak mengalami datang bulan. Saya ada simptom PCOS tp saya tidak pasti saya mempunyai PCOS atau tidak. Macam mana saya hendak mendapatkan nasihat pakar di klinik/hospital? Apa yang saya perlu lakukan? Adakah saya hanya perlu ke klinik dan menyatakan saya hendak membuat pemeriksaan PCOS?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penjelasan anda, kami memahami anda mengalami haid tidak teratur dan risau anda mungkin ada PCOS. Kami akan cuba membantu anda.
Haid tidak teratur berlaku disebabkan gangguan hormon. Terdapat banyak penyebab kitaran haid tidak teratur. Antaranya :
- Stres
- Pengambilan ubat hormon
- Masalah tiroid
- Fibroid
- PCOS
Kesemua punca haid tidak teratur seperti yang disenaraikan boleh dirawati. Sebaiknya, sila rujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah haid tidak teratur yang sebenarnya serta mendapatkan rawatan yang tepat.
Hubungi kami secara atas talian agar konsultasi peribadi dapat diberikan agar kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.