
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami penyakit fobia atau normal sahaja sebenarnya?
Salam sejahtera doktor.
Saya nak bertanya dan ingin tahu lebih lanjut akaj hal ini. Saya wanita umur 24 tahun masih bujang. Jenis saya ni saya paling scary nak naik lif, tmpt tinggi, longkang besar, jalan berbukit, air laut dan pantai.
Dan takut duk rumah sorang2. Sebab bila saya saya berada di situasi macam tu, otak saya automatik akan berfikir bukan-bukan tentang perkara tu. Contoh, kalau naik lif, saya akan takut sebab lif akan buat saya jatuh terhempas atau lif akan tersangkut bila-bila masa sahaja. Bila berada di pantai, saya lebih selesa berada di gigi air sahaja atau bahagian cetek kerana otak saya akan fikir dalam laut tu nanti ada buaya, ada ikan jerung, obor2 dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa saya sendiri. Adakah saya alami fobia doctor?? Apakah rawatan yang boleh saya lakukan doktor? Adakah semua yang saya rasa tu normal sebenarnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sentiasa letak gelang getah pada pergelangan tangan anda dan setiap kali anda hadapai masalah diatas tarik dan lepaskan gelang getah. Kesakitan minimal itu boleh digunakan untuk melawan pemikiran yang bukan-bukan. Lakukan sehingga anda berhenti memikirkan perkara negatif seperti di atas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.