Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami period atau implantasi
Hai doc.sy baru berkawin mac lalu.bulan april ni saya ada keluar darah tapi hari pertama saja lancar . Hari kedua kurang dan hari ketiga takda. Adakah saya period atau flek hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, untuk mengatakan anda hamil berdasarkan soalan sahaja tidak dapat memberitahu status kehamilan anda. Pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan untuk mengetahui punca pendarahan yang dialami oleh anda. Selain itu, sejarah kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya diperlukan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























