Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah saya mengalami sakit buah pinggang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 3:27 PM
Sulit 56 hari

Salam sejahtera doc. Saya lelaki berusia sembilan belas tahun. Kadang kadang saya mengalami sakit pinggang sebelah kiri. Dan ianya berlaku kadang kadang sahaja. Kebelakangan ini saya sukar untuk tidur pada waktu malam tetapi pada waktu pagi barulah saya dapat tidur. Selain itu, pada siang hari pada bulan puasa saya mendapati ketika saya kencing ia berwarna kuning pekat atau lebih kurang warna oren dan kadang kadang ia berbuih kadang kadang tidak tapi buih itu hanyalah pada kuantiti Yang sedikit. Dan pada sebelah malam air kencing berwarna putih atau jernih. Mungkin akibat selepas saya minum dengan kuantiti lebih kurang dua litter pada waktu malam. Ketika ini saya mengalami bengkak tonsil Yang menyebabkan saya kene makan ubat sakit tekak jenis jasmith c dan ubat thymol gargle untuk berkumur. Adakah ubat ubat ini mempengaruhi jenis warna air kecing saya atau sebagainya. Dan adakah ini pertanda awal sakit buah pinggang. Bolehkah doctor sarankan apa Yang boleh saya lakukan. Dan apakah rawatan rumah Yang boleh saya buat. Dan pemakanan apa Yang saya patut amalkan tentang simptom Yang saya terangkan seperti diatas. Saya juga mempunyai berat sekitar tujuh puluh lima kg. Saya berharap doc dpt menerangkan sedikit tentang masalah saya ini… Sekiaan terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 56 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antar gejala paling awal yang akan dialami oleh pesakit yang mempunya masalah buah pinggang adalah, buah pinggang tidak boleh bertindak balas dengan badan yang kekurangan air dengan menghasilkan air kencing yang kuning pekat. Oleh kerana anda masih dapat berbuat demikian, ini membawa maksud bahawa buah pinggang anda masih berfungsi dengan baik.

Selain itu, ubat yang anda senaraikan di atas tidak memberi pengaruh kepada warna air kencing anda. Sebaliknya ia bergantung kepada kuantiti air yang anda minum. Manakala untuk masalah air kencing berbuih, kebiasaannya ia tidak merujuk kepada apa-apa masalah. Terutama sekali jika tidak ada gejala lain. Misalnya,

  1. Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
  2. Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
  3. Dihydrasi

Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :

  1. Jangkitan kuman pundi kencing

  2. Masalah buah pinggang

  3. Kehamilan

  4. Diet tinggi dengan protein

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

constipation-painfulmicturaion-defecation

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 15:27:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi