
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami simptom2 penyakit gout
Salam sejahtera DR
Hanya minta pandangan Dr sebelum pergi ke klinik memandangan tempoh PKP
Pada hari isnin jari kaki saya mengalami bengkak dan sukar untuk berjalan saya hanya makan ubat saraf sahaja
Kemudian pada hari ahad lutut saya pula mengalami bengkak menyebabkan saya demam dan sukar untuk berjalan… adakah saya mengalami gout sebelum ini tidak pernah ada gout… dari segi pemakanan rasanya tiada makan seafood hanya makan daging & telur & ayam…
Mohon pandangan Dr & tindakan perlu di lakukan…
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Polymyalgia rheumatica - sejenis sindrom sakit sendi yang tidak diketahui puncanya
- Penyakit arteri periferi - faktor penyebab seperti kencing manis dan darah tinggi. Penyakit ini menyebabkan saluran darah pada sendi dan hujung kaki/tangan tersumbat dan menyebabkan kesakitan
- Artritis Psoriasis - sejenis artritis yang menyebabkan sakit pada tangan/kaki
- Artritis rheumatoid
- Gout
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.