
Anonymous
5 tahun
Adakah saya mengandung atau hanya effect clomid doc?
Hi doc, saya skit pinggang lbih dua minggu then puting keras, sakit and menonjol keluar. Asal mlm menjelma sy rs seram sejuk spt mau demam. And 2 3 hari ni sy kerap mual and kekadang dsertakan muntah. Perut mula rasa tidak selesa sperti sesuatu menekan2 bawah ari terutama sewaktu baring. Sy mempunyai period tidak teratur doc. And ini adalah hari ke empat sy lewat haid. Last day haid sy bulan lps adalah pd 18 May doc. Sy juga makan clomid doc pada bulan lps. Adakah tanda2 ini tanda hamil atau effect clomid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Anda disarankan untuk menggunakan kit kehamilan UPT bagi mengesahkan kehamilan. Masa yang sesuai adalah pada waktu pagi dan optimum pada hari ke 7 lewat haid.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.