
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengandung saya keliru
Saya mengalami pening kepala yang tidak menentu pada minggu lepas… last period sy 23/11/2019… Saya buat UPT keputusan positif tapi kabur… 2 hari kemudian buat lagi dan masih kabur… 23/12 sy buat lagi naik juga 2 line… Dan 25/12 buat lagi untuk kepastian… ya naik double line juga… Jd 26/12 sy ke KK untuk buat pengesahan pregnant… Tapi sy dapat keputusan negative… Tp sy buat beberapa kali di rumah positif… sy keliru… Sy down… Sebab 20/10/2019 sy pernah cuci sebab keguguran… Bantu sy ya… Adakah sy mengandung…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perbezaan antara keputusan ujian ini boleh disebabkan oleh teknik penggunaan ujian kehamilan dengan salah. Inilah link untuk teknik ujian kehamilan yang betul. Saya amat memahami perasaan anda, jika anda berasa haid sudah lewat datang, anda boleh pergi ke klinik yang lain untuk mendapatkan ujian sekali lagi untuk mengenal pasti.
Selain itu, selepas anda mencuci akibat keguguran, kemungkinan anda akan mengalami haid yag tidak teratur atau ketidakdatangan haid akibat ketidakseimbangan tahap hormon. Badan anda memerlukan masa untuk menyembuh balik ke normal.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.