
Anonymous
5 tahun
Adakah saya mengandung?
saya wanita berumur 22 tahun.2018 saya menjalani pembedahan buang kilang ovari sebelah kiri kerana ketumbuhan sudah pecah…baru² ini saya melakukan hanya di luar tidak melakukan sebarang hubungan intim.saya masih dara.air mani tersebut terkena kemaluan saya …saya melakukan tiga pregnancy test 2 negative kali tiga double line tetapi sangat kabur .adakah saya mengandung?

5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengemukakan soalan anda kepada kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat banyak faktor yand menyebabkan ujian kehamilan di rumah menunjukkan keputusan negatif palsu. Antaranya adalah kerana ujian kehamilan diambil terlalu awal dalam kehamilan dan kit ujian tidak dapat mengesan tahap HCG yang sangat rendah. Kemungkinan anda mengambilnya terlalu awal dalam kehamilan dan kit ujian tidak dapat mengesan bahawa anda hamil ataupun tidak.
Faktor lain adalah teknik yang tidak betul semasa melakukan ujian kehamilan. Teknik dengan menggunakan air kencing yang telah dicairkan, atau memeriksa keputusan dengan terlalu cepat juga dapat menjadi faktor untuk mendapatkan hasil negatif palsu. Untuk mendapatkan hasil yang tepat, ambil ujian perkara pertama pada waktu pagi apabila air kencing paling pekat dan berikan ujian masa yang cukup untuk berhasil sebelum memeriksanya. Kadang-kadang, kit ujian kehamilan yang anda beli mungkin rosak. Anda dinasihatkan mencuba jenama ujian kehamilan yang lain, ini mungkin akan memberi hasil yang lebih tepat.
Dalam situasi anda, jika anda mengesyaki anda hamil, anda dinasihatkan anda untuk mengambil satu lagi ujian kehamilan di rumah selepas beberapa hari dan menggunakan jenama yang lain daripada yang anda gunakan sebelum ini. Sekiranya ia masih lagi negatif, jumpa pakar ginekologi anda untuk mendapatkan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan kehamilan anda.Tanpa maklumat yang lebih lengkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.