
Sulit
4 tahun
Adakah saya menghidap Anxiety
Saya wanita yg sdah berkahwin berumur 28 tahun… Saya telah melakukan ujian DASS dan anxiety saya adalah dalam keadaan sangat teruk… Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor pakar dengan SEGERA? Apakaj yang perlu sya lakukan supaya sya sembuh dari Anxiety ini? Bantu sya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebelum kesimpulan dapat dibuat, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anxiety mengganggu aktiviti harian anda atau menyebabkan anda rasa murung, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan cara untuk mengatasi masalah ini.
Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah:
- Ubat-ubatan seperti antidepressant
- Cognitive Behavioral Therapy, iaitu terapi untuk membantu anda mengatasi anxiety tanpa bergantung pada ubat
Tetapi sebelum memulakan rawatan, siasatan lebih lanjut perlu dilakukan oleh doktor pakar.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.