
Sulit
5 tahun
Adakah saya menghidap buasir
Hai, saya lelaki berusia 25. Sejak tahun 2015 saya mengalami berak berdarah. Dan tahun ini saya terasa gatal di dubur ketika/selepas membuang najis. Saya malu untuk pergi bertemu doktor kalau sakit berkaitan alat sulit macam ni. Adakah saya menghidap buasir? Jika saya tengok melalui carian google, kebanyakkan pesakit buasir akan merasa sakit apabila membuang najis dan duduk terlalu lama. Tapi saya tak pernah merasa sakit kecuali gatal. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Buasir tidak semestinya akan sakit kerana ianya bergantung kepada jenisnya. Anda juga tidak perlu berasa malu untuk menjumpa doktor kerana doktor-doktor ini telah mendapati perlatihan yang lama untuk menangani masalah daripada banyak pesakit. Pemeriksaan adalah penting untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.