shah

7 tahun

Adakah saya menghidap kanser?

Assalammualaikum doktor. Kalau ada rasa sakit kepala dan sakit tekak sebelum demam. Semasa demam saya pergi check doktor dan buat ujian darah. Doktor tu kata ada lebam dekat leher, dan keputusan ujian darah menunjukan sel darah putih berlebihan. Rasa sakit kepala masih ada lg. Adakah perkara ini serius atau hanya demam biasa ? Perlukah saya buat pemeriksaan lanjut ? Berkait dengan penyakit kanser atau tidak ? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih doktor

Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan anda. Sakit kepala adalah simtom yang biasa dialami oleh seseorang apabila menghadapi demam. Ia mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa pada bahagian kepala yang diakibatkan oleh jangkitan pada rongga hidung atau tekak. Sakit kepala juga mungkin adalah manifestasi jangkitan yang berlaku pada bahagian kepala seperti jangkitan pada meninges iaitu selaput otak.

Sel darah putih yang tinggi adalah salah satu perkara yang biasa berlaku kepada seseorang yang mengalami jangkitan. Ia adalah cara tubuh melawan jangkitan tersebut dengan mengeluarkan lebih banyak sel darah putih. Ketika tubuh melawan jangkitan ini, banyak bahan lain dirembeskan oleh tubuh yang menyebabkan suhu badan seseorang naik. Ini juga adalah salah satu mekanisma melawan jangkitan kerana dengan meningkatnya suhu tubuh, boleh membunuh organisma penyebab jangkitan tersebut. Namun begitu, sekiranya sel darah putih itu didapati meningkat terlalu tinggi, kajian akan dijalankan untuk mengenal pasti jika terdapat sel darah putih yang tidak normal.

Sakit kepala yang berlaku selepas jangkitan telah dikaji mengenai kaitannya dengan jangkitan itu sendiri. Namun begitu, kajian yang dijalankan tidak menunjukkan bukti yang kukuh perkaitan masalah sakit kepala ini dengan jangkitan sekiranya berlaku selepas pulihnya jangkitan tersebut melainkan bagi jangkitan bakteria pada meninges atau selaput otak.

Anda amat digalakkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Hai, terima kasih untuk soalan anda.

Demam dan sakit kepala adalah tindak balas daripada aktiviti badan yang melawan jangkitan demam. Ini juga terbukti apabila bacaan darah putih anda tinggi. Darah putih merupakan sel yang penting dalam badan untuk melawan jangkitan kuman.

Namun, terdapat juga sakit kepala yang disebabkan oleh jangkitan kuman di otak. Ia lebih dikenali sebagai menigitis. Keadaan ini amat berbahaya dan memerlukan rawatan rapi dari doktor. Penyakit ini terjadi apabila bakteri atau virus menjangkiti otak dan bahagian sekelilingnya dan menyebabkan keradangan otak. Berikut adalah simptom-simptom meningitis;

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk dan Leher yang tegang
  • Sensitif terhadap cahaya lampu
  • Tangan dan kaki yang sejuk.
  • Muntah.
  • Kekeliruan dan Tidak sedarkan diri.
  • Kesakitan otot yang teruk
  • Bintik merah / ruam

Jika anda mempunyai kebanyakan simptom di atas, sila segera ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dan mendapatkan diagnosis yang tepat serta rawatan yang awal jika perlu. Ujian yang paling penting harus dilakukan ialah dengan menganalisa cecair dari tulang belakang. Sila bercakap dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hal ini.

Dr Ilias,

7 tahun

Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Berdasarkan simptom-simptom anda, demam, lebam di leher dan sel darah putih yang tinggi mungkin menunjukkan jangkitan di bahagian tekak atau di selaput otak yang dikenali sebagai meningitis.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan ini adalah kanak-kanak atau orang tua (60 tahun ke atas), terdapat masalah kencing manis, penyakit yang menyebabkan imun rendah seperti jangkitan HIV, pergi menunaikan haji ataupun umrah di mana terdapat kesesakan, pernah menjalani pembedahan mengeluarkan limpa dan juga kanser. Meningitis boleh berpunca daripada jangkitan kuman di bahagian badan yang lain yang kemudiannya merebak kepada bahagian otak.

Jangkitan seperti jangkitan kulit, hidung, tekak, dan saluran air kencing boleh menyebabkan jangkitan meningitis. Bakteria daripada bahagian-bahagian ini akan merebak ke saluran darah, ke tunjang saraf, ke telinga di mana ia menceroboh ke lapisan otak akhirnya. Ia boleh disebabkan oleh organisma seperti bakteria, virus, parasit mahupun kulat. HIV boleh meningkatkan risiko untuk jangkitan meningitis daripada kuman mycobacterium tuberculosis dan cryptococci. Jika terdapat satu episod sawan, risiko kemation dan masalah saraf didapati meningkat.

Antara komplikasi jangkitan meningitis jika tidak dirawat dengan segera adalah lumpuh, sawan dengan kerap, masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Untuk mengesahkan masalah ini, doktor akan mengambil cecair daripada tulang belakang. Jika positif, rawatan antibiotik akan diberikan. Saya tidak rasa bahawa ini adalah kanser. Jika terdapat kehilangan selera makan dan berat badan, ia mungkin kanser. Diharap ini membantu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)