
Sulit
4 tahun
Adakah saya menghidap ocd atau depressed atau itu normal?
hello doc, sy Alin age 21 , saya selalu nak marah kalau sesuatu benda tak kemas cth kalau dapur barang tak trletak pada tempat pun sya boleh mengamuk, tak sampai baling pinggan tapi saya akan stress and marah marah sampai sakit kepala n rasa sesak dada, dan saya akan rasa tertekan sedih dan down. Dan perkara paling saya tak suka jika sesuatu barang tu tidak trsusun dan sy akan kemas banyak kali, Selagi tak betul sy akan stress dan rasa nak marah.Selain tu saya selalu rasa kemurungan dan sedih tanpa sebab, rasa tertekan , selalu overthinking dan down smpai rasa diri tk berguna. sy nak tanya, adakah itu normal atau saya ada OCD atau depressed. Dan apakah yg harus sy buat utk mengatasi masalah ini? Terima kasih doc, harap doc sudi mnjawab soalan sy

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, penyakit kemurungan atau depression hanya boleh diketahui setelah anda membuat pemeriksaan dan ujian bersama dengan doktor pakar.
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma pada kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami sarankan anda mencuba beberapa teknik berikut:
- Dapatkan tidur yang cukup
- Luahkan perasaan kepada orang yang anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.