
Sulit
3 tahun
Adakah saya ni ada anxiety dan depression?
Doc saya nak tanya. Kenapa ye saya ada masalah untuk berbual dengan orang . Saya jadi takut nak berbual sebab saya makin tak tahu nak berkomunikasi dengan orang lain . Saya suka duduk berseorangan, jarang lepak dengan kawan kawan . Tiada keyakinan diri . Susah nak focus . Kadsng kadand bila tengok movie ke video saya ni mcm takde reaksi. Sebelum ni saya tengok elok je. Walaupun rasa kelakar. Saya nak balas chat orang pun memikir , dulu fikir kalau saya chat orang tu saya takut dis bagi reaksi yang pelik kat saya . Lama sikit dah okay, baru baru ni saya nak chat orang saya takut jugak. Takut sebab tak tahu nak balas apa. Kalau beborak dengan orang paling lama 10-15 minit. Lepastu suasana akan jadi menyepi sebab saya tak tahu nak borak apa. Saya lebih banyak bercakap dalam hati daripada dekat mulut . Disebsbkan benda ni, hidup saya terjejas , susah nak dapat kerja, susah nak berkawan dengan orang . Apa yang patut saya buat ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda,tanda masalah keresahan (anxiety) adalah seperti berikut :
- ‘Restless’ atau perasaan seperti ‘on-edge’
- Keletihan
- Kesusahan konsentrasi
- Gangguan emosi (seperti senang berasa marah)
- Kesukaran tidur
- Ketegangan otot
- Jantung berdear-debar
Gejala yang disenaraikan di atas, tidak spesifik kepada masalah kemurungan, keresahan atau mania sahaja. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar anda mengambil saringan atas talian DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) untuk mengetahui tahap serius simptom yang anda alami.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada organisasi berikut:
- Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
- MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
- Woman’s Aid Organization
- For survivors of domestic violence and rape
- WAO SMS/Whatsapp line
- TINA: 0189888058
- Hotline: 03-79563488
- Sneham Malaysia
- Suicide prevention
- Emotional support
- Everyday: 4pm-8pm
- Language: English, Malay, Tamil
- Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
- BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.