
Sulit
3 tahun
Adakah saya penghidap hirsutism dan tidak boleh mengandung?
Saya telah berkahwin pada november 2020. Sy dan suami PJJ tapi masih berjumpa 1-2x sebulan. Apa yang merisaukan saya, saya masih belum mengandung. Dalam masa yang sama, saya banyak terbaca artikel mengenai hirsutism dan PCOS. Dan sy mempunyai simptom2 itu; mempunyai bulu halus dia bahagian muka, tangan dan kaki. Saya juga mengalami heavy period (10hari) serta senggugut yaang kuat. Masalah kulit muka berjerawat. Mood swing. Keadaan ini membuatkan saya risau takut tidak boleh mengandung. 2018, saya pernah ambil darah tetapi tidak pernah direview oleh doktor. Luteinising hormon 12.38, progestrone 0.80, testosterone 1.43. Adalah ia normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, kesuburan pasangan adalah bergantung kepada kedua dua belah jantina samada lelaki atau wanita. Pemeriksaan klinikal yang lebih terperinci perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui punca hal ini berlaku.
Bagi wanita, masalah kesuburan boleh berpunca daripada:
- masalah hormon
- faktor usia
- fibroid
- penyakit keradangan pelvik
- endometriosis
- masalah struktur sistem peranakan
Bagi pihak lelaki pula, masalah ini boleh disebabkan masalah berikut:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang dengan semua 7 kelas makanan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.