
fauziahreza1991
5 tahun
Adakah saya penghidap Skizofrenia
Saya selalu dengar suara beritahu bahawa psangan sy tk suka sy tk sayang saya…kadangkala suara tu suruh saya pukul anak saya…suruh pukul orang…hingga pernah mengamuk di kedai makan. adekah itu skizofrenia…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, untuk membuat suatu diagnosis termasuk skizofrenia, konsultasi lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Berdasarkan gejala-gejala anda, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa pakar psikiatri di hospital swasta tau kerajaan. Mereka lebih arif dalam soal ini. Bukan semestinya masalah seperti ini sentiasa berkaitan dengan kesihatan mental kerana ia boleh juga disebabkan oleh masalah seperti ketumbuhan otak.
Mereka akan merujuk anda ke doktor pakar sepatutnya berdasarkan permasalahan sebenar anda jika perlu.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.