Sulit
5 tahun
Adakah saya perlu membuat swab test jika sudah sembuh dari covid-19?
Hi, saya baru sahaja sembuh daripada covid-19 bulan lepas, tapi sekarang saya sering berasa penat dan sometimes chest discomfort, adakah saya perlu membuat swab test untuk memastikan saya berada dalam keadaan yang baik berikutan pelbagai varian baru yg wujud ketika ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Mengenai keperluan ujian swab, kami tidak dapat memberikan jawatan yang lepas berdasarkan soalan yang diberikan sahaja memandangkan lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengetahui punca sebenar gejala yang dialami oleh anda.
Masih mengalami masalah batuk dan sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































