
Sulit
5 tahun
Adakah saya pesakit covid 19
Saya telah pergi ke Padang, Indonesia pada 15-19 Feb 2020. Pada 2 Mac saya demam, selsema, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan. Pada 3 Mac saya tidak demam tapi selsema dan kahak saya menjadi pekat dan berwarna kuning. Saya telah diberi antibiotik dan ubat2 lain oleh Doktor di klinik pada 5 Mac 2020.
Saya tidak mengalami demam tapi selsema, hidung tersumbat, sakit tekak dan sakit badan masih berterusan hingga hari ini, 16 Mac 2020.
Adakan kemungkinan saya terkena Covid-19 atau ini adalah sakit lain.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, Indonesia tidak termasuk dalam negara berisiko tinggi untuk COVID-19. Namun, sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19). Namun sekiranya tiada kontak rapat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala demam, batuk dan selsema boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini