
SyakilaYusnizam
6 tahun
Adakah saya pesakit Insomnia?
Doktor, saya ada masalah apabila hendak tidur di waktu malam seperti ada sesetengah masa saya menjadi rimas dengan tempat tidur saya. Saya jadi macam kurang selesa. Kemudian saya kerap kali tidur lewat pagi dan bangun di awal pagi seperti tidur jam 3 dan bangun jam 5.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah insomnia. Ia bukanlan sejenis penyakit, sebaliknya merupakan gangguan rutin tidur akibat pelbagai faktor. Kebanyakan penghidap insomnia mengalami masalah seperti keletihan dan mengantuk pada waktu siang. Ini menyebabkan aktivit dan prestasi harian terjejas.
Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur adalah:
- Masalah tekanan emosi seperti kemurungan and anxiety atau stress
- Banyak berfikir tentang masalah harian
- Tabiat minum kopi atau minuman berkafien lain sebelum tidur
- Jadual rutin harian yang sering berubah-ubah
- Tabiat sebelum tidur yang tidak sihat seperti menonton TV atau menggunakan gajet terlalu lama
- Makan terlalu banyak pada waktu malam
- Ubat-ubatan
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah kalenjar tiroid terlalu aktif, sesak nafas atau asid reflux. Simtom penyakit-penyakit ini sering mengganggu waktu tidur pesakit.
Masalah insomnia boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat sebelum tidur yang baik atau “good sleep hygine”. Anda perlu mengrangkan waktu dengan gajet dan skrin lain sebelum tidur, tidak merokok atau minum minuman berkafien serta mandi atau melakukan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur. Senaman berkala pada waktu siang juga boleh membaiki masalah tidur anda ini.
Sekiranya masalah insomnia ini mengganggu kehidupan anda, anda boleh rujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.