
Sulit
4 tahun
Adakah saya sakit jantung
Saya perempuan 20 tahun lately ni saya ada cuba untuk turunkan berat badan so far ada la turun dalam 7kg sbb saya obesiti tp saya perasan lately ni area jantung saya mcm sakit la mcm cucuk cucuk tp sekilas je mcm berdenyut pun ada kadang rasa mcm sakit kat area dada kanan adakah saya sakit jantung? Kadang kadang jari tangan kebas je saya kene jumpa dokter ke help me saya buntu saya ni ada masalah takut klinik hospital apatah lagi jumpa dokter takuttt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit atau kebas dan lenguh pada tangan dan jari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Masalah sakit dada mungkin boleh disebabkan oleh masalah jantung. Tetapi terdapat juga penyakit lain yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya :
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Keradangan otot di sekitar dada
- Keradangan tulang rusuk
- Penyakit Refluks (GERD)
- Asma
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor dengan segera:
- Sesak nafas
- Pitam
- Berpeluh peluh yang berlebihan
- Kebas tangan, lengan dan rahang
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.