
Sulit
3 tahun
Adakah saya stress atau simptom mental?
Saya berumur 25 tahun, saya masalah tidur di waktu malam, hampir setiap malam, saya akan tidur pada pkul 2 pagi dan ke atas, dan saya akan bangun pada pkul 8pagi. Pada sebelah malam, saya akan batuk tanpa henti walhal diwaktu siang saya tak terasa nak batuk.
- Emosi saya senang berubah, kalau saya sedang marah, saya cepat menangis. Saya akan bertindak agressif sekiranya orang yg membuat saya marah itu tidak bertindak mntk maaf kpd saya. Saya perlukan perhatian dia untuk pujuk saya dan saya bagi tahu dia untuk pujuk atau mintak maaf dengan saya.
- Saya resah dgn keadaan sekeliling, saya rasa diperhatikan seseorang.
- Saya sering hilang focus untuk sesuatu perkara sama ada kerja atau hobi saya.
- Saya tidak lagi mahu bergaul dengan sesiapa bahkan saya suka terkurung dalam bilik.
- Saya cepat tersentuh, gugup bila mendapat tah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, kecelaruan personaliti, penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon) dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.