
Sulit
5 tahun
Adakah saya subur jika haid dtg lewat
sye mel, berusia 25tahun …sye nak tanya dgn doc, sye kerap dtg haid lewat selepas berkahwin dan blum di kurniakan zuriat, adakah punca dri segi berat badan atau mencuba bermacam jamu?sudah mnjdi kebiasaan bile dtg haid , saya akan merasa teggang mcm sakit2 di payu dara sehingga hari haid tiba, tpi yg saya pelik haid yg saya lewat 55hari bln lps, takda rase sakit teggang di payu dara , then peranakkan sya sakit terlampau sakit secara tiba2, sye mkn ubt than skit spti biase, selepas brpe mngu haid sye dtg tp berwarna coklat dn darahnya agak gumpal2 dn ketul2, adakah itu normal doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat dan cecair berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Pendarahan implantasi kehamilan - samada berjaya atau gagal boleh menyebabkan cecair berwarna coklat keluar dari faraj
- Sesetengah wanita mengalami “spotting” berwarna coklat sewaktu ovulasi
Anda dinasihatkan tidak mengambil sebarang produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikhuatiri dapat menggangu kitaran hormon anda dan membahayakan buah pinggang dan hati. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.