thinkerrm
5 tahun
Adakah selamat mahu melawat seoul, korea
selamat petang doktor,
sy akan melawat ke seoul, korea pada peghujung bulan Mac ini selama 4 hari sahaja. soalan saya, adakah saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan cuci tangan semasa berada disana? atau jalan yang terbaik sekali batalkan saya punya penerbangan?
sekian, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pada masa ini negara Korea mempunyai bilangan pesakit yang menghidap pennyakit virus ini dengan jumlah yang tinggi. Walaubagaimanapun, negara tersebut sedang menjalankan langkah penghindaran daripada penyebaran virus Covid-19. Anda berisiko menjangkiti penyakit tersebut jika tidak mengamalkan amalan mencuci tangan dan pemakaian topeng muka. Buat masa ini, masih belum ada kata putus tentang sekatan untuk melancong ke Korea.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































