
Sulit
4 tahun
Adakah semua orang mempunyai virus sifilis
Adakah saya akan dijangkiti sifilis dengan orang yang menghidap sifilis atau virus sifilis memang dimiliki oleh setiap orang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, cara-cara bakteria sifilis ini merebak adalah melalui kontak seksual sama ada oral (mulut), kelamin (heteroseksual atau homoseksual) dan dubur. Semua orang adalah bebas daripada sifilis melainkan lahir daripada ibu yang mempunyai sejarah penyakit sifilis dan melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan seksual.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Sekiranya anda pernah melakukan hubungan seksual bersama seseorang yang positif sifilis, kamis sarankan anda untuk membuat ujian saringan untuk mengetahui status sifilis anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.