
Sulit
5 tahun
Adakah seseorang dijangkiti covid alami batuk
Saya ingin bertanya, adakah batuk mmg simptom yg semestinya dialami jika dijangkiti covid19. Dan biasanya selepas dijangkiti, hari keberapa pesakit akan batuk… ada tak pesakit yg tidak batuk tapi positif covid19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Batuk merupakan gejala lazim yang dihadapi oleh individu yang terkena jangkitan coronavirus ini. Namun begitu, tiada kajian atau maklumat mengenai hari ke berapa simptom ini akan dimanifestasikan oleh seseorang individu. Ianya berbeza mengikut individu. Dan, ada diantara individu yang disahkan positif namun tidak menunjukkan apa-apa simptom langsung. Hal ini kerana gejala yang ditunjukkan selepan terkena jangkitan bergantung kepada status imuniti seseorang.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini