Marianna

6 tahun

Adakah simptom ini disebabkan hamil?

Dr sy dh sebulan xdtg period,last sy dtg period 25/10/17. Sy sering mengalami sakit bawah perut,sakit pinggang,pening kepala,rasa mual,payudara membengkak,merasa penat(malas utk membuat sbarang kerja),sakit badan,apakah itu hamil?
Sy baru berumahtangga 5 bulan…

Salam sejahtera.

Masalah haid tidak teratur merupakan salah satu masalah yang paling kerap dialami oleh warga wanita. Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos.

Punca-punca lain yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Endometriosis
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Ubat - ubatan

Semua gejala yang anda tengah alami sekarang berkemungkinan besar adalah berpunca dari gangguan hormon di dalam badan anda. Gangguan hormon boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti tekanan emosi, penyakit psikiatrik, perubahan berat badan yang mendadak, senaman yang terlampau, kurang tidur dan sebagainya.

Selain itu, kehamilan juga boleh menyebabkan gejala yang agak sama tetapi ia jarang menyebabkan sakit perut. Endometriosis merupakan satu lagi punca utama yang boleh menyebabkan gejala yang sama. Endometriosis merupakan sejenis kondisi di mana selaput rahim bertumbuh di luar rahim terutamanya di rongga abdomen, ovari, serviks, pundi kencing dan usus kecil.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca masalah anda.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.

Kitaran haid yang tidak teratur berlaku apabila jarak antara haid kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Putaran haid kebiasaannya 28 hari, walaupun adalah normal untuk mempunyai kitaran haid yang lebih panjang atau pendek. Punca-punca kitaran haid tidak teratur ialah:

• Kehamilan dan menyusu badan
• Permulaan menopaus
• Akil baligh
• Pengambilan kontraseptif hormon
• Penyusutan atau peningkatan badan yang mendadak
• Masalah perubatan seperti PCOS atau tiroid
• Fibroid rahim

Berdasarkan penerangan simptom anda, kemungkilan besar anda hamil. Antara tanda paling awal kehamilan ialah haid lewat atau tidak dating untuk beberapa kitaran. Walaubagaimanpun, sekiranya anda seorang yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, ini mungkin mengelirukan sama ada anda hamil atau tidak.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan dan bercakap dengan doktor bagi mengenalpasti status kehamilan dan penyebab haid lewat. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)