joenanneviolet
6 tahun
Adakah suntikan pertama perancang tidak menjadi jika berhubungan intim bersama suami . walaupu baru habis haid
Saya wanita 20an hamil selepas berhubungan bersama suami
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesemua penggunaan kaedah perancangan keluarga tidaklah mempunyai keberkesanan 100% sempurna dalam mencegah kehamilan. Bagi memastikan kaedah perancangan yang efektif, pengguna perlu memberikan masa untuk pil/suntikan untuk bertindak dan ini pada dasarnya bergantung kepada jenis dan dos yang diambil. Sementara menunggu masa bagi kaedah perancangan keluarga untuk menjadi efektif, kaedah tambahan seperti pemakaian kondom dapat mengurangkan risiko kehamilan. Dalam kes anda, walaupun persetubuhan dilakukan selepas haid tamat dan disahkan hamil adalah sangat jarang berlaku, ia adalah tidak mustahil jika anda ada melakukan persetubuhan bersama suami sebelum kedatangan haid. Hal ini kerana, pendarahan yang disangka sebagai haid tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan implantasi kehamilan dan bukannya haid.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































