
Anonymous
5 tahun
Adakah sy darah implantasi atau darah mentruasi?
Sy wanita berusia 29tahun, sy telah berkahwin selama 11bulan. Setiap bulan period sy berjalan dengan teratur, tetapi hr ini period sy awal 3 hari dr tarikh yg sepatutnya ia dtg disertai dengan demam selsema. Kuantiti darah itu masih boleh ditampung dengan pantyliner, cuma sy keliru samada ia darah implantasi atau menstruasi? Perlu ke sy buat ujian kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa cara untuk membezakan darah haid dengan darah implantasi, antaranya adalah:
- Warna. Pendarahan implan biasanya berwarna merah jambu kepada warna coklat gelap (warna karat)
- Ketulan darah. Pendarahan implan tidak ada ketulan
- Tempoh masa. Pendarahan implan berlangsung dari beberapa jam hingga 3 hari penuh.
- Jumlah. Pendarahan implan biasanya hanya bercak (spotting) atau aliran kecil dan bukan aliran penuh.
Andaikata puan masih ragu, sebaiknya dilakukan pemeriksaan sederhana dengan ujian air kencing. Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih