
Anonymous
5 tahun
Adakah sy dijangkiti ketuat kelamin
Sejak daripada kecil sy xpernah lihat vagina langsung vagina sy…Setelah berkahwin 3tahun dan xmempunyai anak barulah sy lihat dan dapati dikawasan labia bahagian dlm vagina ade kulit kecil y tumbuh satu2 dan ada yang sedikit jarak dan ada juga y sedikit rapat…bila di sentuh ia lembut seperti isi daging lembut…oleh sebab sy takut ianya adalah ketuat kelamin sy pun terus rujuk ke lppkn…setelah dilihat oleh nurse di lppkn…nurse beritahu sy ianya bukan seperti y sy sangka n xde apa2 y perlu sy risaukan…selepas cek sy proceed ujian papsmear n Alhamdulillah semua xde masalah…Kini sy telah pun 7tahun berkahwin dan mempunyai dua org anak…dan sy dapati kulit itu masih ada di labia dlm vagina sy…so sy jadi risau semula…tapi di zakar atau buah zakar atau mana2 bahagia zakar suami kami sudah lihat teliti xde apa benda kecil tau benda asing y tumbuh berdasarkan pembacaan sy setahu sy ketuat kelamin cepat dijangkiti dlm masa 3 minggu ke 3bulan akan menjangkiti pasangan…untuk mendapat kali kedua kesahihan…sy ingin bertanya kepada doktor adakah apa y nurse lppkn beritahu sy itu boleh dipercayai?adakah kulit labia vagina sy itu betul ianya bukan ketuat kelamin?adakah kulit itu bahaya?perlukah sy buat pemeriksaan lagi dengan doktor? Sy atau suami xde sebarang masalah lain dengan alat kelamin…sebarang lendiran pelik atau sakit atau panas atau apa2 masalah lain Alhamdulillah tidak ada pada vagina dan penis kami berdua…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ketuat kelamin ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang biasanya disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia merebak melalu hubungan seks (vagina, oral, dubur) atau dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar.
Kebanyakan orang tidak akan mendapatkan rawatan untuk ketuat kerana ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Hal ini kerana tanpa rawatan ketumbuhan itu boleh hilang tetapi virus itu masih berada di kulit anda. Ini boleh menyebabkan ia tumbuh di tempat lain dan merebak ke pasangan anda. Ia juga boleh menyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Terdapat beberapa alternative untuk merawat ketuat. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan ubat topikal khas dinamakan krim Imiquimod yang boleh disapu pada ketuat. Jika ketuat besar, doktor akan membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen yang dinamakan cryotherapy.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.