
Sulit
5 tahun
Adakah sy perlu segera ke klinik or tggu dahulu?
Salam sejahtera. Period sy 29/2/20 ini namun sy cuma rasa nk cek awal kerana sakit di bahagian ari2 yg agak kuat. Keputusan menunjukkan double line. Sgt risau kerana sy ada kes luar rahim setaun yg lepas mengalami sakit di bahagian ari juga. Bilakah wktu tbaik untuk sy ke klinik cek? Adakah selepas tarikh period? Or sy kne cek blk selepas tarikh period baru ke klinik? Adakah cek awal menggunakan clearblue tepat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit pada ari-ari ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- batu karang pada pundi kencing
- endometriosis
- fibroid
- kehamilan luar rahim
- sindrom premestrual
Kebiasaannya, penggunaan UPT yang lebih tepat adalah selepas seminggu atau 2 minggu haid lewat. Jika anda mengalami sakit pada ari-ari, pendarahan daripada rahim, muntah/loya, sakit pada tulang belikat, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.