
Sulit
3 tahun
Adakah sy suspek penyakit tyroid
Semenjak ini…badan sy terasa lemah dan gementar bila berjalan…terasa takut untuk berjalan,terasa mcm nk sesak nafas…dan kepala saya amat sakit smpai susah nak angkat terasa berat dan sakit…susah untuk tidur…nafas pendik …tanagan terasa ketar …kaki dan tangan terasa kebass…ap masalah sakit sy ni doktor…da sebulan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda yang berasa lemah dan gementar apabila berjalan bersertakan dengan sesak nafas, sakit kepala dan kaki dan tangan terasa ketar dan kebas. Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum, kami tidak dapat mengenal pasti punca masalah anda dengan tepat. Jawapan kami adalah secara umum mengenai punca- punca yang boleh menyebabkan masalah anda.
Antaranya :
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Kekurangan tidur
- Dehidrasi
- Anemia
- Masalah pada sistem saraf
- Masalah pada sistem saluran darah
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.