
Sulit
3 tahun
Adakah ubat atau supplemen untuk penjagaan mata bagi mereka yg mengalami rabun?
Rabun jauh/dekat

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah rawatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di pusat optometris, klinik pakar mata mahupun hospital.
Tambahan lagi setiap saranan doktor atau pakar optometris lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan mata anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai faktor, keadaan, kondisi & kadar rabun yang berbeza.
Selain itu, walaupun terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa Vitamin A, Bilberry, Omega-3 dan lain-lain, mempunyai khasiatnya ynag tersendiri terhadap kesihatan mata. Umumnya amat sukar bagi kerabunan seseorang itu untuk berkurang selain menggunakan rawatan invasif seperti LASIK atau operasi mata yang lain. Tambahan pula, suplemen-suplemen tersebut lazimnya dikaitkan dengan pencegahan rabun untuk menjadi lebih berat.
Justeru itu, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan mata dan bantuan lain yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.